Wednesday, December 26

Keembong the great :')


New_20zealand_20kaikoura_20range._20south_20island_large
Assalamualaikum xx

Hai everyone. I'm home :) Saya selamat pulang ke tanah air selepas berhijrah ke Australia dan New Zealand ! Walaupun sekejap, ia mampu menenangkan saya :') dapat lupakan masalah walaupun seketika. Dan saya tidak berjaya mempunyai boyfriend dari negara tersebut. Haha xx.

kenapa lah aku comel sangat :) \ perasan /  *tampar diri sendiri *

By the way, hari tu Keembong buat gathering ! But tak semua ada :/ Macam biasa bila dah jumpa masing-masing meluahkan perasaan masing masing :D Kutuk budak tu kutuk budak ni, reject senior tu mengumpat senior ni. Nama pon perempuan :) Kalau ada yang tersedak, kemungkinan anda telah dikutuk atau telah direject oleh kami. Mungkin. hahah *peace*  Kami berimba di Jusco Tebrau City pada hari tersebut. Seramai 11 orang yang ada kalau tak silap. Then, kami mengisi perut kami di Nando's dan kami telah terpilih menjadi model Nando's Huhuhuhu ! *kau mampu ? * Kami mengisi masa lapang ketika itu dengan menonton cerita Starwberi Cinta :) Comel gila cerita tu ;) * Ichicgooo ! *

*memories*

Then semua bising takut terpisah dorm next year termasuk lah diri saya sendiri :( Ya lah. Semua dah faham perangai masing-masing :') Untuk maklumat anda semua dorm Keembong adalah dorm yang bermasalah di Blok Flora tu. Kalau ada anugerah dorm paling taiko dalam blok F tu comfirm dorm Keembong menang :') Macam macam denda kami pernah jalani. Contohnya... cuci toilet surau, kutip sampah setiap pagi before ke sekolah, seal dorm tak payah cerita.. Prep tanpa lampu.. haaa kau mampu ? and tu sebab aku, put, ereen dan amy. hahaha :D  dan kami sangat beruntung sebab dapat KD yang sangat penyabar. Thanks Kak Jannah :') 


love you guys :*


| And this is the character of us :) |

Kak Jannah :)
" Kalau dia masuk dorm, dia senyap je.. Kita orang tak perasaan pun dia masuk tetiba tengok dia dah atas katil. Dan dia banyak bersabar dan berkorban untuk kami :') "

Atul :)
" Beg kampung dia paling kecik, tapi semua benda dalam locker dia boleh masuk dalam beg tu . "

Put :)
" Dia adalah seorang atelit tennis. Hahah dan dia gang saya tak turun subuh. Sesungguhnya put susah nak bangun pagi. Dan dia akan tatap muka captain america dia sebelum tidur :') "

Yuyut :)
" Seorang yang addicated kepada binatang penyu dan kura-kura, seorang yang gengster tapi dalam hati ada taman hahah hanya keembong sahaja tahu taman dia sebesar mane  hahaha :P "

Naddy :)
" Naddy ade habit iaitu selepas mandi, dia akan bertapa di bawah kipas. Dan satu aras tahu alat alat mandian naddy tidak boleh disentuh. Kalau kau sentuh, satu keembong datang ketuk dorm kau :) and dia paling lambat balik ke hostel, so kami akan bawa dia punya selipar turun ke bilik prep. haha"

Fana :)
" Fana adalah geng naddy iaitu mandi paling berejam.. dan fana sanggup ke toilet paling bawah sekali sebab malas nak beratur. Dan dia adalah pelajar terpintar dalam dorm kami :) "

Fiqa :)
" Kalau nak tanya tudung yang now in trend ape.. anda boleh tanya fiqa, dia pro :) ''

Myn :)
" Dia suka bawak kek. Kek dia sedap gila dan locker dia adalah locker yang paling terkemas dalam dorm ;) "
Jaja :)
" Anak yang paling manja dalam dorm kami. Aku pon kalah toq. Dan dia punya baju dekat asrama kebanyakkanya branded -.- "

Ereen :)
'' Dia paling ramping dalam dorm dan kami paling jeles dengan dia :) "

Amy :)
" Seorang pengawas yang berwibawa, hahah kalau nak exam dekat prep dia tidur tapi result exam dia gempak gila nak mampos -.- "

Bella :)
" Bella kalau dah mengantuk, hanya kami sahaja tahu bagaimana cara dia melepaskan ngantuk. Itu rahsia antara keembong  Hahaha "

Ily :)
" Dormate yang paling senyap.. dekat twitter fuhhh hot sentap. hahaha dan dia juga adalah salah satu pelajar pintar dalam keebong :) '

Ika Puteri :)
" Dia seorang yang susah nak cerita problem dia dekat everyone, but aku tetap suka rambut dia hahaha ;) "

Aqma :)
" Seorang atelit yang berjaya dalam acara lari jarak jauh. And dia selalu cuci baju setiap hari. Ya setiap hari. -.- "



Walaupun kami taiko di blok kami, tapi hobi kami adalah menangis :') Hanya keembong yang faham antara satu sama lain :') tengok je hardcore.. tapi dalam hati ada taman. hahah :) Thanks for the big memories and i'll miss you all badly :') thanks sebab jadi pendengar setia Raje , teman raje nangis atas katil. Once again thanks for everything :')



Keembong'12



terime kasih adek manis datang lagi :)